Kamis, 07 Mei 2009

kumpulan tex lagu kenangan

Rindukah hatimu pada diriku
yang kini jauh dari sisimu..
kalau diriku ingat selalu...
pada mu kasih yang kini jauh

kalaulah kita dapat bertemu
saat begini alangkah senang.....
sayang disayang dipulau seberang
kekasih hati ..jauh disayang....

( 8 MEI 2009 )

+++++++++++++ END ++++++++++++++++++++++++++



Rindu lukisan mata suratan
hatiku nan merindu
rindu bayangan nan meliputi
seri raut wajah mu

mengapa mendusta seribu kata
mengapa membisu seribu basa
mungkinkah kumbang merindukan bulan...
dapatkah bulan mencapai rembulan

rindu katakan rindu usahkah malu pada asmara
risau engkau dek risak akupun maklum maksud tak sampai
rindu hatimu ..akupun demikian
rindu sudah nasib untung dibatam

rindu....
rindu.....
( 8 MEI 2009 )


+++++++++++++++++++ END +++++++++++++++++++++

Selasa, 21 April 2009

"AYAH KU NELAYAN"

Gulungan ombak...pecahnya gelombang...
selalu menjadi penglihatan keseharian...
dari pulau ke selat...dari pantai ke tengah lautan,
adalah kenestapaan tanpa pilihan ....
tua...gemetar mengeluh gaduh buih tabuh gelombang....
tiada ketentuan keinginan, tautan tujuan.
tersirat sarat keinginan sang Pemberi rezeki....ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR.

Pompong...bergerak suatu keharusan..
tidak berganjak nasi terbagi pasti tidak kelihatan...
tangis menangis ...dihati yang dalam
kelam ..pekat..penglihatan bayangan..
sembab dihati ter iris berkepanjangan ..
ikan didapat jual di pasaran..
celana & baju kering dibadan
subuh sunyi sudah berkayuh
namun itulah kenyataan hidup
sebagai nelayan...........................
ne..la ...yan ...................................
penangkap ikaN ?!!


Batam, 21 april 2009
y.e++++

Selasa, 11 November 2008

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh
menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan
cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah
ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.:

Hadis Imran bin Hussein r.a.,
bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang
lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi
apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri
anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka
anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan,
menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai
hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh
Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan
wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di
tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha
menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Wallahualam.

Ustaz Zainuddin (bkn name sebenar)

================================
soalan sy kpd jakim,adakah haram lelaki memakai gelang ,termasuklah gelang magnetik utk perubatan yg jelas menjadi trend masy. msia masa kini...hrp membantu yer..sekian.. .
Jawapan : Harus memakai gelang berkenaan dengan syarat tidak menyerupai perhiasan wanita dan untuk tujuan perubatan semata-mata setelah mendapat nasihat daripada doktor pakar perubatan Islam